Penggunaan aspek visual
adalah satu bentuk yang menumpukan kepada hasil penciptaan yang berbentuk
visual seperti dalam penulisan blog, lukisan, fotografi, grafik dan filem.
Visual berhubungan erat dengan mata atau penglihatan. Dengan kata lain visual
adalah sesuatu hasil atau ciptaan yang boleh dinampak melalui penglihatan mata.
Hasil atau karya itu adalah bersumberkan daya fikiran dan kesenian yang mutlak
dalam minda seseorang dan seterusnya diterjemahkan kepada objek yang nyata
serta boleh dilihat seperti gambar, arca, model dan sebagainya. Penggunaan visual merupakan salah satu teknik kreatif dan efektif
untuk menjelaskan suatu pengertian bahkan jika digunakan secara tepat dan bijaksana,
nilai-nilai visual menjadi amat tinggi dalam suatu penulisan atau karya ilmiah.
Oleh kerana itu, dalam penggunaan
visual, pokok fikiran penulis harus tampak menonjol dan mudah difahami
seketika, serta menarik perhatian pembaca. Dengan demikian dapat dikatakan bahawa tampilan visual merupakan bahasa tersendiri dalam penulisan
atau karya ilmiah. Penggunaan aspek visual dalam penulisan adalah penting dalam
meningkatkan kualiti hidup masyarakat kerana ciri-ciri sesuatu dipercayai boleh
mempengaruhi tanggapan seseorang dari segi sosiologi dan psikologi. Kerajaan
juga menggalakkan pelajar-pelajar agar mereka menimba ilmu ini melalui Internet
supaya mereka diperlengkapkan dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi.
Penulisan
melambangkan identiti seseorang itu. Contohnya penggunaan aspek visual dalam penulisan blog yang mana
setiap penulis mempunyai teknik penulisannya tersendiri. Pelbagai cara penulis menulis, tetapi tahukah kita
cara kita disenangi pembaca ataupun tidak? Penting ke pembaca selesa
semasa membaca karya kita? Sebenarnya ianya sangat penting kerana apabila mata
pembaca dah serabut dan tidak selesa, pembaca susah untuk menghabiskan bacaan
sesuatu entri itu sampai ke noktah akhirnya. Terdapat
beberapa elemen utama yang perlu dipertimbangkan melalui penggunaan visual
dalam penulisan ini. Contohnya dalam penulisan blog iaitu dari aspek gambar,
susun letak atau komposisi halaman, bentuk, keseimbangan, gaya, skema warna dan
tarikan warna merupakan elemen-elemen yang penting. Di sini tumpuan terhadap
elemen warna akan diterangkan dengan lebih lanjut dengan penggunaan aspek
visual dalam penulisan blog. Warna amat penting dalam kehidupan kita
memandangkan ia sentiasa mempengaruhi kita dalam kehidupan seharian,
kanak-kanak dan wanita juga amat meminati warna pada setiap miliknya. Oleh itu
adalah penting untuk kita mendalami lebih lagi tentang pengertian warna itu
sendiri.
Pengertian warna dari
segi bahasa adalah spektrum tertentu yang terdapat di dalam suatu cahaya
sempurna yang berwarna putih. Identiti suatu warna ditentukan oleh sifat cahaya
yang ditentukan oleh panjang gelombang atau oleh kandungannya sebagai panduan
untuk beberapa panjang gelombang. Julat panjang gelombang nampak untuk cahaya
dikenali sebagai spektrum nampak atau dengan mudah sahaja sebagai spektrum.
Istilah warna boleh juga merujuk kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang
ditentukan oleh jenis panjang gelombang yang dipantul, dihantar, atau dipancar.
Biasanya, hanya ciri-ciri kandungan cahaya yang dapat dikesan oleh manusia
diambil kira dan oleh itu, warna juga boleh dianggap sebagai satu fenomena
psikologi. Pengolahan berbagai-bagai kegunaan istilah ini merupakan tugas utama
falsafah semasa. Oleh sebab persepsi warna berasal daripada kepekaan sel kon
dalam retina yang berbeza-beza terhadap bahagian-bahagian spektrum yang
berlainan, warna boleh ditakrifkan melalui tahap perangsangan sel-sel itu oleh
panjang gelombang cahaya.
Sebenarnya, warna
memiliki peranan dalam kehidupan mahupun dalam sebuah karya. Warna adalah
dinamika dalam sebuah karya dan warna juga dapat memberikan keindahan yang luar
biasa. Selain itu, warna juga mampu mengubah perasaan serta mempengaruhi pemikiran
orang yang menghadapinya yang mana ianya mampu memberikan mood kepada individu
serta tanggapan individu lain. Di samping itu, warna juga sebagai salah satu
elemen daya penarik yang penting dalam penulisan visual seperti penulisan blog.
Visual akan menjadi tidak efektif sekiranya ia tidak dapat menarik perhatian
pembaca yang menggunakannya. Dalam sebuah
website atau sebuah blog, warna juga merupakan sesuatu yang sangat penting
untuk mengukur seberapa baiknya blog kita di mata para pembaca. Pembaca
akan lebih tertarik dengan artikel yang memiliki warna-warna menarik
dibandingkan dengan artikel yang kosong tanpa hiasan warna sedikitpun. Seorang penulis perlu memastikan warna
tulisan entri blog tidak terlalu menyerupai dengan warna background blog.
Sekiranya pemilihan dan penggunaan warna tulisan yang tidak betul, ianya dapat
menyiksa mata para pembaca. Warna tulisan hitam dan background putih merupakan
kombinasi yang terbaik. Jangan sesekali menggunakan pelbagai warna dalam
tulisan dan elakkan penggunaan warna yang
terlalu banyak dalam entri kerana ianya akan membuat pembaca sakit mata. Tambahan
pula, warna adalah cara yang paling pantas dan paling kuat untuk
menghadirkan transformasi dan melahirkan perspektif-perspektif yang baru
terhadap pembaca. Bukan itu sahaja, malah kriteria
penulisan blog yang baik adalah warna yang digunakan mestilah menarik perhatian
orang ramai yang menampilkan keharmonian antara gambar dengan tulisan di dalam
penulisan tersebut. Ketepatan pemilihan warna amat penting dalam mempengaruhi
keindahan sesebuah penulisan blog yang hendak dipersembahkan. Pemilihan serta penggunaan
warna yang tepat dapat memberikan kesan yang baik atau mendalam terhadap
penulisan dan pembaca. Dengan
adanya warna-warna pada gambar para pembaca dapat lebih mengerti hal yang di
sampaikan dan kebanyakan pembaca akan
lebih mudah menangkap informasi atau maklumat yang ingin disampaikan dengan
cara visual (melihat langsung). Sesuatu objek yang kelihatan indah mungkin
tidaklah 'cantik' kepada orang lain. Jadi, mesej yang disampaikan serta maksud
yang diterjemahkan ke dalam bentuk penulisan atau hasil karya ini adalah sangat
penting. Oleh itu, keindahan dalam sesuatu hasil penulisan itu perlulah dihiasi
dengan warna-warni supaya tampak lebih menarik seperti warna-warna pelangi. Tidak
dinafikan juga, warna digunakan sebagai simbol dalam mewakili tempat, keadaan,
emosi dan sebagainya. Sebenarnya, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa warna
dalam blog sebenarnya ada kesan atau implikasinya sendiri. Selain daripada
penyumbang kepada saiz sesuatu blog yang akan pengaruhi loading blog, ia juga
sebenarnya ada satu daya penarik dari segi psikologi. Menurut psikologist warna
menghasilkan irama. Psikologist juga mengaitkan warna dengan terapi. Warna yang
menarik akan membuatkan pembaca berasa selesa dengan blog penulis, seterusnya
tanpa ragu akan membaca entri-entri menarik yang ada di dalam blog penulis.
Jadi, apakah jenis
pemilihan dan penggunaan warna yang sesuai untuk aspek visual dalam penulisan blog
ini? Secara amnya, warna-warna yang sesuai adalah warna-warna “internet-friendly” atau lebih dikenali
sebagai “web safe color”. Warna ini
sebenarnya merupakan skema untuk warna asas yang boleh kelihatan di skrin kita.
Langkah yang bijak harus dititikberatkan dalam pemilihan warna ketika ingin membuat
blog. Di dalam ilmu warna, ada tiga
jenis warna iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas
merupakan warna-warna yang paling hebat kuasanya. Ia merupakan warna yang utama
dalam pembentukan warna-warna yang lebih pelbagai. Warna asas juga dikenali
sebagai warna primer. warna asas terdiri daripada tiga warna iaitu merah, biru dan kuning. Warna Sekunder ialah warna yang terhasil
daripada campuran dua warna asas manakala warna tertier pula ialah campuran
satu warna asas dengan warna sekunder di sebelahnya. Ton Warna disebabkan oleh
kesan pancaran terang atau gelap sesuatu warna. Ia dihasilkan melalui campuran
warna asal dengan putih atau hitam mengikut kadar tertentu. Warna lebih terang
jika dicampurkan dengan warna putih. Warna menjadi gelap apabila dicampurkan
dengan warna hitam Jika menggunakan cat air, lebih air dicampurkan untuk
mendapatkan warna cera. Untuk mendapatkan ton warna gelap, warna ditindihkan
lapisan demi lapisan. Ton warna merupakan jenis warna yang berguna untuk
mencipta ruang dan bentuk tiga dimensi dalam seni tampak.
Disini terdapat
beberapa jenis warna yang digunakan dalam membuat penulisan blog yang memberi
maksud tersendiri terhadap penggunaan warna tersebut. Warna memainkan peranan
sangat penting dalam kehidupan seharian. Merah selalu dikaitkan dengan budaya
masyarakat cina. Hijau dikaitkan dengan budaya keagamaan dalam Islam. Putih
melambangkan kebersihan dan kesucian. Hitam menunjukkan elegan. Selain itu
hitam juga boleh membawa maksud kemurungan atau kematian. Warna kuning pula untuk
golongan diraja dan kerabatnya. Warna kuning juga sebagai simbolik dalam bidang
persilatan. Warna coklat pula lebih ke arah sifat vernakular dan tradisional
manakala warna yang pelbagai dan terang pula digunakan untuk sesuatu yang lebih
moden dan futuristik. Di Malaysia khususnya rakyatnya agak gemar pilihan warna
yang pelbagai. Ramai diantara kita mengetahui warna membuatkan kita lebih yakin
dengan diri sendiri dan membuatkan kita sebaliknya sekiranya seseorang itu
salah memilih warna yang sesuai dengan diri kita. Masih ramai diantara kita
yang tidak mengetahui warna yang dipakai mampu menarik minat seseorang yang
mungkin kita tidak kenali.
Daripada pengamatan
saya sepanjang saya berblog kebanyakan penulis menggunakan tulisan berwarna
gelap contohnya hitam dan latar belakang blog pula berwarna cerah seperti putih.
Tiada seorang pun daripada mereka menggunakan tulisan yang berwarna-warni. Jadi,
dapat disimpulkan disini bahawa warna pada entri amat memainkan peranan yang
penting bagi menarik minat pembaca untuk terus membaca entri penulis. Pada
pendapat saya, jika penulis menggunakan tulisan yang terlalu pelbagai warna,
sebenarnya penulis telah membunuh mood para pembaca blog yang rata-rata
inginkan sesuatu yang santai dan simple. Jadi, penulis haruslah bijak dalam
pemilihan warna dalam penulisan blog. Bagi saya, warna adalah pemilihan penting
dalam dunia blog kerana sudah tentunya pembaca tidak suka akan blog yang
menggunakan warna yang terlalu berat sehingga membuatkan kita pening melihatnya
tetapi bagi saya orang yang berlainan berbeza citarasanya. Bukan semua apa yang
kita buat akan cantik dipandang oleh warga sekeliling. Jika kita boleh berfikir
akan warna yang serba membuatkan blog kita kelihatan menawan, sudah tentu pembaca
boleh menerimanya walaupun warna itu bukan warna kegemarannya. Seperti saya,
saya memilih warna ungu dan merah jambu sebagai warna dalam penulisan blog saya
kerana warnanya yang tidak terlalu berat. Mungkinlah sesetengah pembaca
berpendapat bahawa kaum lelaki tidak suka akan pewarnaan di blog saya tetapi
bagi saya ia tidak menjadi masalah jika kita boleh gabungkan warna tersebut
dengan warna lain yang 50-50 menjadi pilihan manusia seperti putih dan hitam.
Bukankah ia tampak hebat jika menggabungkan dua warna tersebut. Jadi, ia sama
sekali tidak menjadi masalah kepada pembaca. Walau apapun, pilihlah mengikut
citarasa masing-masing. Jika seseorang tidak menyukai blog kita dari segi
pewarnaan, pertimbangkan balik apa yang dia cakap dan jika kita tidak setuju,
teruskan dengan warna pilihan kita. Lakukan apa yang kita selesa selagi ianya
benar dan tidak menjejaskan individu lain. Ini ada sebuah pantun khas dari
saya,
Ungu dan merah
jambu adalah pilihan hati,
Warna yang
terang lagi berseri ,
Ia adalah
citarasa tersendiri,
Tidak menjadi
masalah sama sekali.
Kesimpulannya,
penggunaan aspek visual dalam penulisan dari segi warna dapat memberi pelbagai
kesan yang mendalam terhadap pembaca iaitu dapat menjadi sumber inspirasi yang
dapat mengubah citarasa, mempengaruhi cara pandangan, ruang , menutupi ketidaksempurnaan
dan mewujudkan suasana atau kedamaian yang unik untuk semua orang. Warna
merupakan salah satu inspirasi paling berharga di dunia yang paling mudah
didapati dan dinikmati. Walaupun kebanyakan kita mempunyai warna kegemaran
masing-masing tetapi kita harus mengetahui apakah warna yang memberi kesan
negatif dan yang memberi kesan positif dalam kehidupan kita. Jadi, warna itu
adalah seni. Sesungguhnya seni itu sangat indah.