~Welcome to my BLOG~

Assalamualaikum. Hai!!! Saya "Farah Hannan bt Abdul Nasir" sebagai pemilik sah blog ini. Terima kasih diucapkan kepada sesiapa yang sudi membaca blog picisan yang tidak seberapa ini...

Saturday 17 March 2012

...Makna Cinta...

Berbicara mengenai cinta pasti kita tidak asing lagi kerana kata-kata tersebut selalu terngiang-ngiang ditelinga kita. Setiap masa dan setiap hari semua makhluk di dunia ini tidak pernah berhenti-henti membicarakan soal cinta contohnya ketika kita mendengarkan radio, pasti ada lagu yang mendendangkan tentang cinta atau ketika kita membaca buku dan novel, pasti kita lebih suka tema tentang percintaan tetapi itu adalah hal yang wajar kerana sejak azali lagi Allah telah mewujudkan perasaan cinta itu di dalam hati setiap hambanya.
  CINTA? Menurut saya, cinta merupakan salah satu bentuk emosi dan perasaan yang dimiliki individu dan cinta itu sesuatu yang subjektif iaitu suatu perkataan yang sukar di terangkan atau dihuraikan tanpa pembuktian yang dizahirkan secara fizikal serta mempunyai makna yang berbeza bergantung kepada penghayatan dan pengalaman seseorang itu. Cinta merupakan satu anugerah yang istimewa 
dan tidak ternilai yang dikurniakan oleh Allah kepada makhluknya. 
Semua orang pasti pernah merasakan indahnya sebuah cinta, baik dari cinta kepada Allah, Rasul, agama, ibubapa, sahabat, kekasih, dan sebagainya. Bagi saya, Cinta juga merupakan sebuah tindakan, aksi atau kegiatan aktif yang dilakukan oleh manusia terhadap objek lain baik berupa pengorbanan, empati, simpati, ambil berat, perhatian, memberikan kasih sayang, membantu, menuruti perkataan, mengikuti, patuh, dan sanggup melakukan apa saja demi memenuhi keinginan objek tersebut. 
Cinta itu indah dan cinta itu juga menyakitkan. Indah apabila kita dapat memiliki cinta dan sakit apabila kita perlu mengorbankan cinta kerana mencintai tanpa memiliki itu rasanya sakit. Setiap saat kita harus menahan perit atas perasaan itu, apa lagi saat kita bersamanya. Sebenarnya cinta itu bukan hanya bermaksud memiliki orang yang kita cintai sahaja tetapi cinta itu juga bermaksud pengorbanan yang mana melihat orang yang kita cinta bahagia bersama orang yang dia cintai.


Apabila kita mula merasakan saat kita mencintai seseorang kita akan merasakan, bahawa kita sanggup melakukan apa saja demi seseorang yang kita cintai. Cinta itu hebat dan bisa membuatkan kita tersenyum, bahagia, menangis, bersedih, tertawa dan sebagainya. Cinta tidak seharusnya memiliki dan kita perlu sedar bahawa Allah telah mempersiapkan cinta yang lebih baik untuk kita. 
Kepada sesiapa yang sedang jatuh cinta, saya ucapkan semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Kerana cinta itu sangat indah. Dengan cinta, akan membuatkan hidup kita menjadi lebih bahagia. Begitulah realita cinta. Kalau kita mencintai seseorang, cintailah dia dengan seadanya kerana setiap insan yang kita cintai tidak sempurna yang mana ada kelebihan dan ada kelemahannya. Kita jadikan kelemahannya sebagai satu keunikan. Janganlah kita mencari cinta hanya untuk mendapatkan kenikmatan sesaat yang menyesatkan atau mengikut hawa nafsu semata-mata tetapi carilah cinta yang diredhai oleh Allah kerana cinta itu milik Allah. Kita hanya memiliki doa dan harapan untuk memperolehi cinta daripadanya. Tidak ada yang kebetulan di dunia ini. Semuanya berjalan atas rencana dan pengetahuan Allah. Bahkan tiada sehelai daun pun yang gugur, melainkan Dia mengetahuinya. 
Kesimpulannya, makna cinta adalah kesederhanaan.  Menurut saya cinta terhadap seseorang  bukanlah bergantung kepada harta benda, pangkat, darjat, paras rupa dan semua objek fisiologis. Itu semua hanyalah opsional. Sebab, cinta yang berasal dari satu keyakinan akan timbul sebuah kepercayaan, dari sebuah kepercayaan lahirlah kesetiaan dan dari kesetiaan maka itulah yang disebut dengan cinta sejati. Apa pun yang penting cintailah Allah S.W.T, kerana cinta kepada Allah itu kekal sebaliknya cinta kepada manusia itu hanyalah sementara. 



2 comments:

  1. It was very interesting for me to read that blog. Thanks the author for it. I like such topics and everything that is connected to them. I would like to read more soon.
    1989 Jeep Wagoneer AC Compressor

    ReplyDelete
  2. tenQ ^_^...Welcome to my blog (*_*)

    ReplyDelete