~Welcome to my BLOG~

Assalamualaikum. Hai!!! Saya "Farah Hannan bt Abdul Nasir" sebagai pemilik sah blog ini. Terima kasih diucapkan kepada sesiapa yang sudi membaca blog picisan yang tidak seberapa ini...

Sunday 4 March 2012

...Makna universiti dalam kehidupan saya...

Saya merupakan hamba Allah yang sangat bertuah kerana diberi peluang untuk bergelar seorang mahasiswa Universiti Utara Malaysia. Saya ibaratkan universiti sebuah alam kehidupan terbentang luas yang dipenuhi dengan suka duka serta pelbagai dugaan yang sangat mencabar. 
Sebagai seorang mahasiswa, untuk menghuraikan pengertian universiti dalam kehidupan saya adalah sangat mendalam kerana hampir 3 tahun saya telah melalui pelbagai liku-liku kehidupan di universiti. Di universiti lah saya lebih mengenali erti kehidupan yang sebenar dan di universiti jugalah saya menjadi semakin matang dalam berfikir serta mengajar saya erti kesabaran yang maksimum. 
Terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang saya lalui di universiti ini. Bahagia, ketawa, gembira, menangis, kecewa, sedih, takut dan banyak lagi kata sifat yang saya pernah rasai selama saya bergelar mahasiswa di universiti. Di universiti juga mengajar saya erti cinta dan persahabatan. Hidup ini umpama roda, kadang kala kita di atas dan kadang kala kita di bawah. Begitu juga dengan  saya yang pernah berada di atas dan pernah juga berada di bawah. Saya pernah kecewa kerana mendapat keputusan peperiksaan yang sangat tidak membanggakan kerana saya terlalu lalai dengan dunia remaja dan gagal menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang mahasiswa yang sejati. 
Tetapi itu semua tidak mematahkan semangat saya untuk berada di atas kembali. Gagal sekali bukan bermaksud gagal selamanya. Sejak dari itu, saya bertekad untuk menjadi mahasiswa yang sejati dan akhirnya alhamdulillah, sehingga sekarang usaha saya telah tercapai dengan berkat kesabaran dan doa. Selama saya berada di universiti ini, terlalu banyak masalah dan tekanan yang saya lalui. Antaranya ialah masalah kewangan, persahabatan, cinta, pelajaran dan sebagainya. Saya bersyukur, dengan segala masalah dan tekanan yang saya tempuh di universiti inilah yang telah mematangkan saya menjadi manusia yang mampu berfikiran positif dan negatif, mampu mencari jalan penyelesaian yang terbaik dalam menyelesaikan masalah, mengajar saya erti kesabaran dan sikap tidak pernah putus asa, bijak mengurus masa dan kewangan,  lebih menghargai keluarga, nilai persahabatan dan cinta serta mengajar saya erti kehidupan yang sebenar. 
Saya yakin Allah tidak pernah memberi dugaan yang melebihi kemampuan hambanya. Saya bangga bergelar mahasiswa universiti. Ini kerana, universiti telah mendidik saya menjadi insan yang lebih mengenali erti kehidupan. Sebenarnya dugaan yang saya lalui di universiti ini baru sedikit sahaja kerana saya sedar selepas saya melangkah keluar bersama segulung ijazah dari universiti ini nanti, dugaan yang lebih mencabar sedang menanti saya di dunia yang lebih luas iaitu dunia realiti.




No comments:

Post a Comment